CAHAYA CINTA


tak ingt bila tarikh dia...di usia 22 tahun adik timah. petang lepas zohor, niat asal nk kuar barukan i/c kami adik beradik, along, angah, alang(mini) siap ngan mak timah sekali joint nk teman kata nya, tetapi pejabat pendaftaran dah tutup.
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan alang-alang kami dah keluar kami pom merendek ke bandar, timah ngan adik pom trus tuju ke kedai buku,, leh kata mmg peberet kami la lau kua mana2 masuk kedai buku. 'hok' lucu niat asal Timah nak cari buku motivasi, tapi ape yg nk x dop hok menarik, Timah ngan adik mengeledah novel, cari punya cari dapat la kami the latest novel with tittle ::: CAHAYA CINTA::::




"kau hadir tatkala aku meraba
mencari sinar cintanya"

CAHAYA CINTA hasil nukilan Aishah Abu HAssan. Novel ini ada lah keluaran buku prima dengan ketebalan muka suratnya amat berbaloi iaitu 708 helaian. CAHAYA CINTA mengisahkan wanita(Anis) berkahwin tanpa kerelaan hati dan juga bukan pilihan hati, perkahwinann Anis atas pilihan keluarga disebabkan untuk mendapatkan duit untuk menyelamatkan ibunya yang mengundang penderitaan kepada dirinya.
Anis seorang pelajar kelulusan perubatan dan merupakan pelajar kelas pertama, setelah habis belajar telah berkahwin dengan Nizam yang hanya kaya dengan harta bapaknya.
Perkahwinan Anis dengan Nizam bukan atas dasar cinta, namun Anis tetap berusaha untuk mncintai suaminya tambahan pula Anis mengandung. Nizam tidak pernah membahagiakan Anis. Nizam telah disisih oleh keluarga nya kerana sikapnya yang buruk, tetapi perangainya tetap tidak berubah dan semakin menjadi-jadi. Penderitaan Anis tidak pernah berakhir dan Anis mengambil keputusan untuk bekerja. Beliau bekerja disebuah syarikat yang berpengaruh sebagai tukang cuci.
Rizman, merupakan majikan Anis yang sentiasa mengambil berat keatas diri Anis yang sememangnya amat dahagakan kasih sayang seorang lelaki. Rizman hakikat nya telah jatuh cinta dengan Anis, tetapi mengelak perasaan itu kerana sedar siapa diri nya.
Akibat satu kejadian yang aku sebagai pembaca boleh menangis dengan tindakan kejam si Nizam tak berhati perut telah menyebabkan Anis trauma dan fobia dengan manusia yang bernama lelaki. Hal ini juga menyebabkan Rizman susah untuk mendapatkan cinta Anis dan Anis juga susah untuk menerima cinta Rizman walaupun mereka amat menyintai satu sama lain.
cabaran demi cabaran yang mereka hadapi untuk mendapat sebuah kebahagiaan yang amat diimpikan.

benar ade pepatah mengatakan
" benda dihadapan kita memang senang untuk diambil dan dicapai,
dan sememangya ia lebih senang untuk kita kehilangannya,
benda yang susah untuk kita dapat memang susah untuk kita dapat,
dan sesungguhnya amat susah untuk kita kehilangannya"


sahabat pembaca semua ikutilah sambungan novel ini dengan membaca NOVEL CAHAYA CINTA.
~~~~ SELAMAT MEMBACA~~~~~



Comments

Popular posts from this blog

DYSLEXIA-CARA UBATINYA

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM ke-73